Microsoft Office Word (Poster Kemerdekaan)

9 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Word iaitu poster sempena Hari Kemerdekaan ke 61 di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Sebelum bermulanya kelas, para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan mengenai poster yang perlu dibuat sempena Hari Kemerdekaan. Poster yang menarik dihasilkan oleh para peserta akan dinilai oleh pengurus dan penolong pengurus untuk mencari pemenang. Hadiah akan diberikan kepada para peserta di akhir aktiviti Kemedekaan.

Tujuan kelas ini dijalankan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri peserta contohnya semangat perpaduan dan cinta akan negara. Kelas ini berlangsung selama 4 jam bermula dari pukul 1:00 tengah hari sehingga 5.00 petang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali